ATURCARA PERJALANAN UMRAH


UMRAH  12 HARI /  10 MALAM
HARI TEMPAT & AKTIVITI
HARI 01   KUALA LUMPUR – JEDAH – MADINAHPara jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas ( aras 5 ) 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah. Tiba di hotel Madinah, daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 02 MADINAH ( ZIARAH DALAM )Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah dan Para Sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’.
HARI 03 MADINAH ( ZIARAH LUAR )Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.
HARI 04 – 05 MADINAH ( ZIARAH LUAR )Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 06 MADINAH ( ZIARAH LUAR )Para jemaah akan di bawa berangkat ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel  dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
HARI 07 MEKAHSelepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MAKKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 08 MEKAHJemaah akan dibawa melawat Muzium kaabah serta bermiqat di Tanaim Masjid.
HARI 09 – 10 MEKAHJemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah Umrah dan beribadah di Masjidil Haram.
HARI 11  MEKAH – JEDAHMelakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
 HARI 12 KUALA LUMPURDijangka sampai di Kuala Lumpur. Insyaallah….

 

UMRAH T 11 HARI / 09 MALAM

HARI TEMPAT & AKTIVITI
HARI 01     KUALA LUMPUR – JEDAH – MADINAH Para jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas ( aras 5 ) 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah,. Tiba di hotel Madinah, daftar masuk hotel dan berehat
HARI 02 MADINAH ( ZIARAH DALAM)Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’
HARI 03 MADINAH ( ZIARAH LUAR )Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak). Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.
HARI 04 – 05 MADINAHJemaah bebas memperbanyakkan ibadah umrah di Masjid Nabawi
HARI 06 MADINAH – MEKAHPara jemaah akan di bawa berangkat ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel  dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul
HARI 07 MEKAHSelepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MAKKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 08 MEKAHJemaah akan dibawa melawat Muzium Kaabah, (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa) serta bermiqat di Hudaibiyah
HARI 09 MEKAHJemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah Umrah dan beribadah di Masjidil Haram.
HARI 10 MEKAH – JEDAHMelakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jedah untuk meneruskan  penerbangan ke Kuala Lumpur
HARI 11 KUALA    LUMPURDijangka sampai di Kuala Lumpur. Insyaallah….