PELANCONGAN MUSLIM – CHIANG MAI – CHIANG RAI, THAILAND


NAMA PAKEJ : PAKEJ LAWATAN MUSLIM
NAMA NEGARA LAWATAN : THAILAND
TEMPAT/BANDAR LAWATAN : BANDARAYA CHIANG MAI, BANDAR CHIANG RAI, BANDAR MAE SAI, GOLDEN TRIANGLE, LAOS

TARIKH-TARIKH LAWATAN :
1. 25 FEB (SABTU) – 01 MAC (RABU) 2017 – PAKEJ 5H/4M@4H/3M – DITUTUP/PENUH
2. 04 MAC (SABTU) – 08 MAC (RABU) 2017 – PAKEJ 5H/4M@4H/3M- MASIH DIBUKA LAGI
3. 30 MAC (KHAMIS) – 03 APRIL (ISNIN) 2017 – PAKEJ 5H/4M@4H/3M – MASIH DIBUKA LAGI
4. TARIKH DITENTUKAN OLEH TUAN SENDIRI – MINIMUM KENA ADA 8 ORANG DEWASA

HARGA PAKEJ :
– UNTUK PAKEJ ALL-IN, 5H/4M, HARGANYA RM1650/ORG (DEWASA), RM1500/ORG (KANAK-KANAK 4TH-10TH)
– UNTUK PAKEJ 4H/3M, HARGA ALL-IN IALAH RM1500/ORG (DEWASA), KANAK-KANAK (4TH-10TH) RM1350/ORG.
– HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK & GROUND, UNTUK KANAK-KANAK 3TH KEBAWAH, DIKENAKAN HARGA TIKET FLIGHT SHJ. (HARGA SEBENAR BERGANTUNG KEPADA HARGA TIKET PENERBANGAN PADA TARIKH TERSEBUT).
– HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT BAGASI 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN DALAM PESAWAT PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 4 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN VAN, TERMASUK TIKET NAIK BOT DI SG MEKONG MERENTASI 3 NEGARA, TIKET MASUK KE PERKAMPUNGAN SUKU KAREN LEHER PANJANG.
(NOTA : NAIK GAJAH & KERETA LEMBU ADALAH PILIHAN, KENA BAYAR SENDIRI, TAK TERMASUK DLM PAKEJ INI)

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :
MELAWAT ROYAL GOLDEN FLORA, WAT PUTIH, RENDAM KAKI DI HOTSPRINT SAN KHAMPANG, MELAWAT KAWASAN TANAH TINGGI DOI TUNG, DOI SUTHEP, MELAWAT KE KAWASAN GOLDEN TRIANGLE, MENAIKI BOT DI SUNGAI MEKONG, BANDAR CHIANG RAI, BANDAR MAE SAI, BANDARAYA CHIANG MAI, MELAWAT KAWASAN TANAMAN LIMAU & KOPI, MELAWAT PERKAMPUNGAN SUKU KAREN LONG NECK DLL.

ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 5H/4M)
HARI 01 : KLIA2 – CHIANG MAI – CHIANG RAI (MTH/MM)
Berkumpul di KLIA2 2 JAM sebelum waktu penerbangan. Perjalanan memakan masa selama 2 jam 45min. Bila tiba di Chiang Mai Airport, tuan-tuan akan disambut oleh wakil kami disana. Tuan-tuan akan dibawa untuk makan tengahari di restoran muslim tempatan, kemudian solat zohor & asar jamak, sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Chiang Rai, yang jarak perjalanannya 190km, memakan masa sekitar 2jam 30mim – 3jam. Dalam perjalanan, tuan-tuan akan berhenti sebentar di Hotsprint untuk merendam kaki & berehat sekejap, selepas itu meneruskan perjalanan ke Chiang Rai. Bila tiba di Chiang Rai, kita akan singgah untuk melawat Wat Putih (Wat Rong Khun) , Wat yang sangat terkenal di Chiang Rai ini. Selepas itu check-in hotel & rehat. Sebelah malannya tuan-tuan akan dibawa untuk makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas makan,, tuan-tuan boleh pergi bersiar-siar & melihat Chiang Rai Night Market yang berdekatan dengan hotel tuan ini.
HARI 02 : CHIANG RAI – GOLDEN TRIANGLE – MAE SAI (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, Check-out dari hotel, selepas ini tuan-tuan akan bergerak dengan van ke Golden Triangle (Segitiga Emas), iaitu kawasan Sungai Mekong, dimana 3 Negara bertemu, iaitu Thailand, Laos & Myanmar. Dulu kawasan ini terkenal sebagai kawasan tanaman pokok bunga Poppy & pokok Ganja, tapi sekarang ini sudah tidak ada lagi. Kita akan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong ini untuk melihat kawasan pertemuan 3 Negara.. Selepas itu kita akan mendarat di kawasan sebelah Laos untuk melihat barangan-barangan murah yang dijual disini seperti baju-baju & barangan lain. Selepas itu kita akan menaiki kembali bot untuk balik semula ke kawasan sebelah Thailand. Selepas ini kita akan menaiki van untuk menuju ke Mae Sai, bandar paling utara di Thailand ini, yang bersempadan dengan Myanmar. Dalam perjalanan, kita akan singgah untuk makan tengahari dulu, selepas itu solat Zohor & Asar jamak. Selesai solat, kita akan meneruskan perjalanan ke bandar Mae Sai. Bila tiba di Mae Sai, kita akan singgah di Bazaar bandar Mae Sai dulu untuk melihat barangan murah yang dijual disini. Selepas itu kita akan Check-in di hotel & rehat. Sebelah malamnya kita akan dibawa makan malam di restoran muslim tempatan & bersiar-siar untuk melihat sekitar bandar ini.
HARI 03 : MAE SAI – CHIANG MAI (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, kemas barang-barang untuk check-out. Selepas ini tuan-tuan akan bergerak menuju ke Doi Tung, yang terletak di kawasan tanah tinggi, iaitu untuk melawat ke Royal Golden Flora, kawasan tanaman bunga yang indah. Selepas ini tuan-tuan akan menuju ke perkampongan puak Karen Leher Panjang (Long Neck) untuk melihat penghidupan puak Karen yang hidup dikawasan tanah tinggi ini. Selepas ini kita akan singgah di ladang tanaman limau & kopi di tanah tinggi ini, kawasan tanamannya sangat luas & pemandangannya sungguh indah. Selepas itu kita akan singgah untuk makan tengahari di restoran muslim, kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Bandaraya Chiang Mai. Bila tiba di Chiang Mai, check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya kita akan keluar untuk makan malam, selepas makan, tuan-tuan bersiar-siar di pasar malam yang berdekatan dengan hotel tuan-tuan ini.
HARI 04 : CHIANG MAI – DOI SUTHEP – CITY TOURS (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke kawasan tanah tinggi Doi Suthep, bila tiba di Doi Suthep ini, kita boleh melihat pemandangan indah seluruh bandaraya Chiang Mai ini. Selepas itu kita akan pergi ke ‘Elephant Camp” untuk melihat pertunjukann gajah, menaiki gajah ini adalah pilihan, sekiranya tuan-tuan nak naik, kos itu tuan-tuan kena bayar sendiri. Selepas ini singgah di restoran muslim untuk makan tengahari, selepas makan, balik ke hotel & rehat. Sebelah malamnya keluar untuk makan malam, lepas itu tuan-tuan boleh bersiar-siar di pasar malam berdekatan.
HARI 05 : CHIANG MAI – SENI KRAFTANGAN – KUALA LUMPUR (SP/MTH)
Selepas sarapan pagi di hotel, kemas barang-barang untuk check-out. Kemudian akan dibawa melawat ke industri kecil & sederhana seperti pembuatan payung kertas & industri makanan ringan. Lepas itu dibawa untuk makan tengahari di restoran muslim, selesai makan, dibawa ke masjid untuk solat Zohor & Asar jamak, selepas itu dibawa terus ke Airport untuk penerbangan balik, tiba di KLIA2 2jam 45min kemudian, Insyaallah.

HOTEL
1. CHIANG MAI : HOTEL PORNPING TOWER @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIK
2. CHIANG RAI : HOTEL RIMKOK @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIK
3. MAE SAI : HOTEL WANG THONG @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIK

PENERBANGAN : AIRASIA
PERGI : AK 856 : KUL 12.45PM – 2.35PM CNX
BALIK : AK 857 : CNX 3.10PM – 7.55PM KUL
PENERBANGAN : MALINDO AIR
PERGI : OD 530: KUL 10.40AM – 12.20PM CNX
BALIK : OD 531: CNX 1.40PM – 5.30PM KUL

MAKANAN
– 3X SEHARI (SARAPAN PAGI DI HOTEL, MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM DI RESTORAN MUSLIM)
– MAKANAN HALAL MASAKKAN ORANG ISLAM THAILAND

HARGA PAKEJ :
RM1650/ORG (PAKEJ 5H/4M), RM1500/ORG (PAKEJ 4H/3M), KANAK-KANAK DISKAUN RM150/ORG DARI HARGA DEWASA INI : PAKEJ ALL-IN (TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK & GROUND)

NOTA :
1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG DAH TERMASUK DALAM PAKEJ INI.
2. INSURAN PENERBANGAN ADALAH PILIHAN, TERPULANG PADA TUAN, TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ INI.