PELANCONGAN MUSLIM – HO CHI MINH VIETNAM


NAMA PAKEJ : PAKEJ LAWATAN MUSLIM VIETNAM
NAMA NEGARA LAWATAN : VIETNAM – HO CHI MINH (SAIGON)
TEMPAT/BANDAR LAWATAN : BANDARAYA HO CHI MINH, BANDAR MY THO, DELTA SG MEKONG, DLL.
BILANGAN HARI: 4H/3M

TARIKH-TARIKH LAWATAN 

BULAN FEB 2017
1. 10 FEB 2017 (JUMAAT) – 13 FEB 2017 (ISNIN), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
2. 19 FEB 2017 (AHAD) – 22 FEB 2017 (RABU), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
3. 23 FEB 2017 (KHAMIS) – 26 FEB 2017 (AHAD), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
BULAN MAC 2017
1. 04 MAC 2017 (SABTU) – 07 MAC 2017 (SELASA), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
2. 11 MAC 2017 (SABTU) – 14 MAC 2017 (SELASA), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
3. 15 MAC 2017 (RABU) – 18 MAC 2017 (SABTU), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
4. 19 MAC 2017 (AHAD) – 22 MAC 2017 (RABU), PAKEJ 4H/3M – CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
5. 21 MAC 2017 (SELASA) – 24 MAC 2017 (JUMAAT), PAKEJ 4H/3M – CUTI SEKOLAH – DITUTUP/PENUH
BULAN APRIL 2017
1. 01 APR 2017 (SABTU) – 04 APR 2017 (SELASA), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
2. 08 APR 2017 (SABTU) – 11 APR 2017 (SELASA), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
3. 15 APR 2017 (SABTU) – 18 APR 2017 (SELASA), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
4. 21 APR 2017 (JUMAAT) – 24 APR 2017 (ISNIN), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
5. TARIKH DITENTUKAN OLEH TUAN SENDIRI (MINIMUM KENA ADA 4 ORANG DEWASA)
BULAN MEI 2017
1. 10 MEI 2017 (RABU) – 13 MEI 2017 (SABTU), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
2. 18 MEI 2017 (KHAMIS) – 21 MEI 2017 (AHAD), PAKEJ 4H/3M – BUKAN CUTI SEKOLAH – MASIH LAGI DIBUKA
3. TARIKH DITENTUKAN OLEH TUAN SENDIRI (MINIMUM KENA ADA 4 ORANG DEWASA)

HARGA PAKEJ

1. PAKEJ ALL-IN :
UNTUK PAKEJ ALL-IN 4H/3M (BUKAN CUTI SEKOLAH), HARGANYA RM1290/ORG (DEWASA), RM1140/ORG (KANAK-KANAK 5TH-10TH)
– HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT BAGASI 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN DALAM PESAWAT PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 3 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN BAS/VAN, TIKET MASUK CHU CHI TUNNEL, TIKET MENAIKI BOT & SAMPAN.

2. PAKEJ GROUND SHJ :
UNTUK PAKEJ GROUND SHJ (HOTEL, MAKAN, LAWATAN & PENGANGKUTAN BAS/VAN), HARGANYA IALAH RM790/ORG (DEWASA), KANAK-KANAK (5-10TH) RM640/ORG, KANAK-KANAK 4TH KEBAWAH PERCUMA – UNTUK PAKEJ SELAMA 4H/3M (2 ORANG SEBILIK).
NOTA : – HARGA GROUND INI TERMASUK HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 3 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN BAS/VAN, TIKET MASUK CHU CHI TUNNEL, TIKET MENAIKI BOT & SAMPAN (CUMA TIKET PENERBANGAN SHJ YG TAK TERMASUK).

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :
MELAWAT CHU CHI UNDERGROUND TUNNEL, MELAWAT ‘WAR REMNANT MUZIUM’, MELAWAT BANDAR MY THO YANG TERLETAK DI DELTA SG. MEKONG, MENAIKI BOT DI SUNGAI MEKONG UNTUK MELAWAT PULAU ‘DRAGON ISLAND’ & PULAU ‘UNICORN ISLAND’, MELAWAT KEBUN BUAH-BUAHAN MUOI HAI & MERASAI BUAH-BUAHAN TROPIKA DISANA, SHOPPING DI CHINATOWN & BEN THANH MARKET DLL.

ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 4H/3M)
HARI 01 : KLIA/KLIA2 – HO CHI MINH (MTH/MM)
Berkumpul di KLIA/KLIA2 3 JAM sebelum waktu penerbangan. Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Sampai di Tan Son Nhat Airport, tuan-tuan akan disambut oleh wakil kami disana. Tuan-tuan akan dibawa bersiar-siar sekitar bandaraya Ho Chi Minh dulu untuk melihat pemandangan indah bandaraya ini, kemudian dibawa untuk makan tengahari di restoran muslim tempatan. Selepas makan, check-in ke hotel & rehat. Sebelah malannya tuan-tuan akan dibawa untuk makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas makan malam, tuan-tuan boleh pergi bersiar-siar & melihat Pasar Malam (Night Market) yang berdekatan dengan hotel tuan ini.
 
HARI 02 : HO CHI MINH – DELTA MEKONG / SHOPPING (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, tuan-tuan akan bergerak dengan van/bas ke bandar My Tho, yang jarak perjalanannya 85km dari Ho Chi Minh ini. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai disana. Bila tiba disana, tuan-tuan akan menaiki bot besar di Sungai Mekong untuk ke Pulau ‘Dragon” & Pulau ‘Unicorn’. Bila tiba di Pulau ‘Dragon, tuan-tuan akan dibawa melawat tempat pembuatan gula-gula ‘candy’. Gula-gula ‘candy’ ini diperbuatkan dari kelapa & tuan-tuan boleh merasai ‘candy’ yang enak yang dibuat di Pulau ini.
Selepas itu tuan-tuan akan dibawa melawat ladang buah-buahan milik Mr Nam Ngo. Disini tuan-tuan boleh merasai keenakkan buah-buahan tropika sambil dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu rakyat Vietnam, yang di nyanyikan oleh gadis-gadis jelita Vietnam.
Selepas ini tuan-tuan akan menaiki sampan untuk ke Pulau ‘Unicorn’ pula. Di pulau ini tuan-tuan akan dibawa melawat kawasan pertenakkan lebah madu. Tuan-tuan dapat merasai keenakkan minuman teh yang dicampur dengan madu asli ini.
Selepas ini tuan-tuan akan menaiki bot besar untuk kembali semula ke bandar My Tho. Selepas ini tuan-tuan akan singgah di Masjid bandar My Tho untuk solat Zohor & Asar secara jamak, selepas solat, tuan-tuan akan makan tengahari di restoran Muslim berdekatan dengan masjid ini.
Selepas makan tengahari, tuan-tuan akan bertolak balik ke bandar Ho Chi Minh, dalam perjalanan balik, tuan-tuan akan singgah di ‘Gudang Kain’ untuk membeli-belah kain ela & kain yang sudah siap dijahit seperti baju kurung, baju melayu, baju kebaya dan lain-lain. Kemudian tuan-tuan akan balik hotel & rehat. Sebelah malamnya tuan-tuan akan dibawa untuk makan malam di restoran muslim berdekatan.
 
HARI 03 : CHU CHI TUNNEL / WAR MUSEUM (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, tuan-tuan akan pergi melawat “Chu Chi Underground Tunnel” yang terkenal semasa perang Vietnam dahulu. Perjalanan ke sana memakan masa sekitar 1 Jam 30 Minit. Terowong ini sianggap oleh rakyat Vietnam sebagai simbol keberanian mereka menentang serangan tentera Amerika Syarikat dahulu itu.
Dalam perjalanan balik itu, singgah di restoran muslim untuk makan tengahari, kemudian solat jamak zohor & asar di tempat yang disediakan di restoran ini. Selepas ini meneruskan perjalanan balik ke pusat bandar, dalam perjalanan balik itu akan singgah untuk shopping di gudang pakaian & ‘factory outlet’. Kemudian balik & rehat di hotel. Sebelah malamnya akan dibawa ke restoran muslim tempatan untuk makan malam.
 
HARI 04 : HO CHI MINH – FREE & EASY (SP/MTH)
Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas untuk tuan-tuan semua, boleh pergi shopping di Ben Thanh Market atau naik ke bilik untuk mengemas barang-barang untuk ‘check-out’ hotel. Jam 12.00Tengahari kena check-out hotel, selepas itu tuan-tuan akan dibawa makan tengahari dulu, kemudian solat jamak zohor & asar, selepas ini dibawa terus ke airport untuk penerbangan balik tuan-tuan.

HOTEL
HOTEL HA MY3 ATAU SETARAF – DUA ORANG SEBILIK

MAKANAN
– 3 KALI SEHARI (SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM) – HARI KE-4 (TERAKHIR) MAKAN TENGAHARI SHJ.
– MAKANAN HALAL MASAKKAN VIETNAM (DIMASAK OLEH ORANG ISLAM VIETNAM)
HARGA PAKEJ 
RM1290/ORG (4H/3M) : PAKEJ ALL-IN (TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK & GROUND)
ATAU
RM790/ORG (4H/3M) : UNTUK GROUND SHJ – TIKET PENERBANGAN TUAN BELI SENDIRI
NOTA :
1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG DAH TERMASUK DALAM PAKEJ INI.
2. INSURAN PENERBANGAN ADALAH PILIHAN, TERPULANG PADA TUAN, TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ INI.

GAMBAR LAWATAN PESERTA